Friday, October 24, 2008

7. Kuliah Subuh 3

Muzakkir : Ustaz Mukhrie
Tempat : Surau Arma
Masa : Lepas subuh
Tajuk : Uwais Al Qarni

Pada pagi ini Ustaz Mukhrie menyampaikan kuliah subuh mengenai kisah tabiin iaitu Uwais Al Qarni.

Ringkasannya seperti :

1. Uwais Al Qarni :

# Digambarkan bahawa makhluk di dunia tidak mengenalinya tetapi makhluk di langit mengenalinya
# Tabiin di zaman Nabi
# Menghidap penyakit sopa' (keputihan)
# Seorang anak yang taat
# Dijaga oleh ibunya


2.Pada suatu hari ibunya menyatakan hasrat untuk pergi menunaikan haji di Mekah. Jadi Uwais berkata kepada ibunya bahawa hasrat ibunya akan tercapai cuma mengambil masa sedikit.

3. Apa yang dilakukan Uwais ialah beliau membeli seekor anak lembu yang masih kecil. Beliau membela di atas sebuah bukit dengan membina kandang untuk anak lembu itu.

4. Setiap hari beliau akan mengangkat anak lembu yang masih ringan itu turun ke bawah bukit keran makanan hanya terdapat di bawah bukit. Hampir 6 tahun Uwais melakukan perkara yang sama.

5. Setelah 6 tahun anak lembu tersebut menjadi semakin hari semakin besar. Uwais tetap melakukan perkara yang sama mengangkat anak lembu itu turun ke bawah bukit untuk makan.

6. Tujuannya ialah dengan mengangkat anak lembu yang besar itu akan membina kekuatannya untuk mengangkat ibunya untuk dibawa ke Mekah.

7. Apabila beliau sudah mampu, beliau dan ibunya pun menuju ke Mekah. Di sana ibu beliau menyuruhnya berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya.

8. Pada mulanya beliau enggan kerana beliau berkata penyakit itu anugerah Allah. tetapi ibunya berkata sekiranya beliau tidak berdoa, maka derhakalah beliau kepada ibunya.

9. Jadi beliau pun berdoa dan berkat doanya Allah menyembuhkan dan terdapat satu tanda di belakang badannya, tanda penyakitnya itu.

10. Jadi Nabi berpesan agar mencari orang ini dan barang siapa yang terjumpa dengan Uwais mintalah agar beliau berdoa keran doanya dimakbulkan Allah.

Moral :

1. Taatilah perintah ibu bapa
2. Allah bersama dengan orang yang sabar.

No comments: