Thursday, October 9, 2008

2. Kuliah subuh di ARMA 1

Selepas selesai solat subuh di ARMA pada pagi tadi, Ustaz Mukhri tampil ke ahadapan dan memulakan majlis ilmu pertama saya di Bumi Mesir ini.

Muzakkir : Ustaz Mukhri
Tempat : Surau ARMA
Tajuk : Islam Iman Ihsan
Waktu : Kuliah Subuh

Antara isi kandungan kuliah seperti :

1. Kita mesti mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan antaranya :

# Kita dapat bersolat berjemaah bersama salam surau yang penuh barakah ini.
# Kita dilahirkan sebagai seorang muslim
# Kita dilahirkan dalam keluarga muslim yang mementingkan pengajian Islam dalam kehidupan # Kita berjaya menjejakkan kaki ke bumi Mesir bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang yang bergelar pelajar untuk mencari ilmu di sini.

2. Seterusnya beliau menyatakan akan kepentingan majlis ilmu antara dalilnya ialah :

وذكر فاءن الذكر تنفع المؤمنين

3. Beliau membaca hadis yang dikenali sebagai hadi Jibril. Mafhum hadis seperti

" Pada suatu hari, Nabi duduk bersama Saidina Umar dan telah muncul kepada mereka seorang yang putih pakainnya dan hitam rambutnya. Lelaki itu datang kepada baginda dan merapatkan lutunya dengan lutut baginda serta bertanyakan beberapa soalan seperti :

1. Apakah itu Islam?

Nabi menjawab : Islam ialah Mengucap dua kalimah syahadah, Solat lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah

2. Apakah itu Iman ?

nabi menjawab : Iman ialah percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari akhirat, qada' dan qadar

3. Apakah itu Ihsan ?

Nabi menjawab : Ihsan ialah menyembah Allah seperti mana kamu diperhatikan dan sekiranya kamu merasakan tidak dilihat sebenarnya Dia melihat kamu.

Seterusnya lelaki terbabit berkata "engkau benar"

Berdasarkan peristiwa ini, kita dapat lihat sesuatu yang ganjil iaitu

1. Seorang bertanya dan dia membenarkan apa yang dijawab. Sekiranmya secara logik, semestinya seorang yang bertanya sudah pasti tidak tahu mengenai jawapannya tetapi di sini lelaki yang bertanya tadi seolah-olah tahu akan jawapan yang nak ditanya.

2. Lagi satu ialah lelaki itu datang dengan pakaian yang kemas dan ini mustahil kerana pada zaman dahulu jalannya ialah padang pasir dan tiada kenderaan yang digunakan hanyalah unta dan bukan kereta seperti zaman sekarang.

Jadi Ustaz Mukhri menyambung lagi hadi tadi, Lantas apabila selesai menjawab lelaki tersebut bangun dan meniggalkan nabi. Ada sebahagian ulama mengatakan sehari lepas itu baru lelaki tersebut meninggalkan nabi.

Nabi pun bertanya kepada sahabat "Kamu kenal pemuda itu?" sahabat menjawab "tidak ya Rasullullah" Nabi berkata " dialah jibril, tujunnya dia datang ialah untuk mengajar kamu"

4. Seterusnya beliau menerangkan akan peranan kita selaku khalifah di muka bumi ini seperti mana disebut dalam Al Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 30 :

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠)

5. Jadi sebagai khalifah yang akan memakmurkan muka bumi ini, kita mesti menerapkan sifat ubudiah ataupun sifat menghambakan diri kepada Allah s.w.t. Jadi bagi mencapai sifat ini kita mesti beramal dengan Islam itu dengan sepenuhnya.

Jadi setakat ni dahulu pengisian buat kali ini. Segala kebaikan datang dari Allah dan segalau kekurangan datang dari saya sendiri. Apa yang ditulis ini pun hanyalah refresh kembali apa yang saya dapat tadi.

No comments: