Saturday, May 16, 2009

10. Jadual Imtihan Akhir


Ahad - Perbualan

Isnin - Mendengar

Selasa - Tulisan

Khamis - Bacaan

Pray for our success

Thursday, November 20, 2008

9. Jadual Kuliah untuk pelajar Malaysia

Kumpulan kedua

Masa kedua11-1

Masa Pertama 9-11

Hari

Kemahiran Membaca (Dr fauzi)

Kemahiran Mendengar

Dr Ahmad

Sabtu

Kemahiran Menulis Dr Zakaria

Kemahiran Membaca Dr Hamdi

Ahad

Kemahiran Membaca Dr Ala

Kemahiran Mendengar Dr Mustafa

Isnin

Kemahiran Bertutur Dr kamal

Kemahiran Menulis Dr Ahmad Yasin

Selasa

Kemahiran Bertutur

Dr Muhammad Tolbah

Kemahiran Membaca Dr Muhammad

Rabu

Kemahiran Membaca Dr Ahmad Aid

Kemahiran Bertutur Dr Abdul Hadi

Khamis




Jadual pembelajaran kami

Sunday, October 26, 2008

8. Kuliah Subuh 4

Muzakkir : Prof Dr Razali Nawawi
Tempat : Surau ARMA
Waktu :Lepas Subuh
Tajuk : Nikmat Iman

Pagi ini kuliah Subuh telah disampaikan oleh Prof Dr Razali yang kebetulan berada di sini kerana semalam beliau telah menjadi panelis untuk forum yang diadakan di Dewan ARMA. Ringkasannya seperti berikut :

1. Kita perlu bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai Islam dari kecil lagi. Ibu bapa kita Islam dan kita mewarisi Islam tersebut.

2. Waktu umat Islam sepenuhnya beriman ialah pada ketika

* Waktu Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi
* Pada waktu nabi Nuh selamat dari banjir besar yang melanda umatnya

3. Bahtera nabi Nuh telah selamat berada di atas bukit Jud. Bukit Jud berada antar Russia dan German

Jadi marilah kita bersyukur dengan nimat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita

Friday, October 24, 2008

7. Kuliah Subuh 3

Muzakkir : Ustaz Mukhrie
Tempat : Surau Arma
Masa : Lepas subuh
Tajuk : Uwais Al Qarni

Pada pagi ini Ustaz Mukhrie menyampaikan kuliah subuh mengenai kisah tabiin iaitu Uwais Al Qarni.

Ringkasannya seperti :

1. Uwais Al Qarni :

# Digambarkan bahawa makhluk di dunia tidak mengenalinya tetapi makhluk di langit mengenalinya
# Tabiin di zaman Nabi
# Menghidap penyakit sopa' (keputihan)
# Seorang anak yang taat
# Dijaga oleh ibunya


2.Pada suatu hari ibunya menyatakan hasrat untuk pergi menunaikan haji di Mekah. Jadi Uwais berkata kepada ibunya bahawa hasrat ibunya akan tercapai cuma mengambil masa sedikit.

3. Apa yang dilakukan Uwais ialah beliau membeli seekor anak lembu yang masih kecil. Beliau membela di atas sebuah bukit dengan membina kandang untuk anak lembu itu.

4. Setiap hari beliau akan mengangkat anak lembu yang masih ringan itu turun ke bawah bukit keran makanan hanya terdapat di bawah bukit. Hampir 6 tahun Uwais melakukan perkara yang sama.

5. Setelah 6 tahun anak lembu tersebut menjadi semakin hari semakin besar. Uwais tetap melakukan perkara yang sama mengangkat anak lembu itu turun ke bawah bukit untuk makan.

6. Tujuannya ialah dengan mengangkat anak lembu yang besar itu akan membina kekuatannya untuk mengangkat ibunya untuk dibawa ke Mekah.

7. Apabila beliau sudah mampu, beliau dan ibunya pun menuju ke Mekah. Di sana ibu beliau menyuruhnya berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya.

8. Pada mulanya beliau enggan kerana beliau berkata penyakit itu anugerah Allah. tetapi ibunya berkata sekiranya beliau tidak berdoa, maka derhakalah beliau kepada ibunya.

9. Jadi beliau pun berdoa dan berkat doanya Allah menyembuhkan dan terdapat satu tanda di belakang badannya, tanda penyakitnya itu.

10. Jadi Nabi berpesan agar mencari orang ini dan barang siapa yang terjumpa dengan Uwais mintalah agar beliau berdoa keran doanya dimakbulkan Allah.

Moral :

1. Taatilah perintah ibu bapa
2. Allah bersama dengan orang yang sabar.

Wednesday, October 15, 2008

6. Kuliah subuh 2

Muzakkir : Ustaz Hafizuddin
Tempat : Surau Arma
Masa : Lepas subuh
Tajuk : Taqwa dan Makanan Rohani

Makanan rohani :

1. Menuntut ilmu
2. Membaca quran

Taqwa

Maksud : Kisah perbualan antara Saidina Umar dan Ubai bin Kaab "Apakah itu taqwa? Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri? Pernah. Jadi taqwa ialah perbuatan bersungguh kamu melalui jalan yang berduri itu tadi.

Antara jalan untuk mencapai taqwa :

1. Mu'ahadah (perjanjian)

Seperti mana kita solat setiap hari kita membaca surah Al fatihah dan dalamnya terkandung ayat yang berbunyi

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥
Maksudnya :5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Huraian : Kita telah berjanji bahawa kita hanya akan menyembah Allah dan tidak memohon pertolongan melainkan padaNya sahaja. Jadi wajib bagi kita menjauhkan perkara yang boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah


2. Muraqabah ( pengawasan)

Huraian : Kita mengawasi diri kita dalam segala aspek kehidupan. Biarpun kita makan sekali pun kita mestilah memastikan sumber yang kita perolehi ialah dari sumber yang halal.

3. Mu'aqabah ( penghukuman )

Huraian : Kita mesti rasa bersalah sekiranya telah tidak melakukan perkara yang disuruh oleh agama. Seperti mana peristiwa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika mana beliau pada suatu hari keluar ke ladangnya. Tiba-tiba beliau telah terlepas melakukan solat Asar secara berjemaah. Sebagai balasannya kepada kealpaanya beliau telah memberi semua ladangnya untuk kegunaan fakir miskin.

Ini membuktikan kesungguhan seorang yang walaupun tertinggal solat sunat tetapi merasakan seperti sesuatu yang amat berdosa. Sebagai balasannya agar menjadi peringatan beliau memberi semua ladangnya untuk krgunaan fakir miskin.

4. Muhasabah ( penilaian )

Huraian : Seperti mana kata Saidina Umar " Hisablah diri kamu sebelum kamu dhisab " yakni sentiasa melakukan penilaian apa yang telah kita kerjakan dalm kehidupan harian kita adakah berpatutan dengan syara ataupun tidak


5. Mujahadah ( kesungguhan )


Huraian : Sentiasa memjaga diri daripada dikawal oleh hawa nafu kerana mujahadah yang tertinggi ialah ialah mujahadah melawan nafsu

Sekian..wassalam...

Saturday, October 11, 2008

5. Pengajian kami 2

Hari ini hari Sabtu kami banyak menghabiskan masa di Masjid Azhar. Selepas selesai solat zohor kelas pengajian pun bermula. Kelasnya ialah

Sheikh : Sheikh Ahmad al Hajain
Tempat : Masjid Azhar
Waktu : selepas solat zohor dan asar
Kitab : nanti akan diberitahu, lupa nak bawa nota :-)

Mengapa kami banyak mengikut sheikh ini :

1. Beliau merupakan murid kepada Dr Ali Jumuah ( mufti Mesir)
2. Beliau antara sheikh yang dibenarkan mengajar di Masjid Azhar dan Mazjid Sultan Hassan
3. Senior kami yang memperkenalkan beliau kepada kami dan pengajian beliau merangkumi semua aspek dari segi :

* feqh
* usul fiqh
* hadis

Friday, October 10, 2008

4. Kitab pertama


Ini ialah kitab pertama yang dibeli semasa berada di Mesir. Kitab ini saya beli sebab disaranakan oleh pelajar lama di sini agar setiap orang di kami memilikinya. Kitab bertajuk

Tajuk : Jundullah (Askar Allah)
Pengarang : Said Hawa.

Belum mula baca lagi :-)