Showing posts with label talaqqi. Show all posts
Showing posts with label talaqqi. Show all posts

Saturday, October 11, 2008

5. Pengajian kami 2

Hari ini hari Sabtu kami banyak menghabiskan masa di Masjid Azhar. Selepas selesai solat zohor kelas pengajian pun bermula. Kelasnya ialah

Sheikh : Sheikh Ahmad al Hajain
Tempat : Masjid Azhar
Waktu : selepas solat zohor dan asar
Kitab : nanti akan diberitahu, lupa nak bawa nota :-)

Mengapa kami banyak mengikut sheikh ini :

1. Beliau merupakan murid kepada Dr Ali Jumuah ( mufti Mesir)
2. Beliau antara sheikh yang dibenarkan mengajar di Masjid Azhar dan Mazjid Sultan Hassan
3. Senior kami yang memperkenalkan beliau kepada kami dan pengajian beliau merangkumi semua aspek dari segi :

* feqh
* usul fiqh
* hadis

Friday, October 10, 2008

3. Pengajian kami

Sheih Ahmad al Hajain

Selepas selesai solat Jumaat, ada dijalankan talaqqi kita Feqah.

Kitab : Al-Iqna' (Feqah)
Sheikh : Sheikh Ahmad al Hajain
Tempat : Masjid Sultan Hasan
Waktu : Hari Jumaat Selepas solat Jumaat


Kebanyakan pelajar yang hadir ialah pelajar Melayu dan sedikit pelajar arab. Hanyan beberapa orang. Kami pelajar yang baru sampai hanya dengar sahaja memandangkan kitab pun belum beli lagi. Sheikh Ahmad merupakan antara Sheikh yang dibenarkan mengajar di Masjid Azhar kerana orang tertentu sahaja yang dibenarkan menagajar di sana.

Tajuk yang diajarkan ialah waktu masuk solat isya dan subuh. Intipati kepada talaqqi tersebut saya tak dapat nak masukkan kerana tak berapa faham. :-)

Gambar selepas talaqqi di Masjid Sultan Hassan