Wednesday, October 15, 2008

6. Kuliah subuh 2

Muzakkir : Ustaz Hafizuddin
Tempat : Surau Arma
Masa : Lepas subuh
Tajuk : Taqwa dan Makanan Rohani

Makanan rohani :

1. Menuntut ilmu
2. Membaca quran

Taqwa

Maksud : Kisah perbualan antara Saidina Umar dan Ubai bin Kaab "Apakah itu taqwa? Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri? Pernah. Jadi taqwa ialah perbuatan bersungguh kamu melalui jalan yang berduri itu tadi.

Antara jalan untuk mencapai taqwa :

1. Mu'ahadah (perjanjian)

Seperti mana kita solat setiap hari kita membaca surah Al fatihah dan dalamnya terkandung ayat yang berbunyi

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥
Maksudnya :5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Huraian : Kita telah berjanji bahawa kita hanya akan menyembah Allah dan tidak memohon pertolongan melainkan padaNya sahaja. Jadi wajib bagi kita menjauhkan perkara yang boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah


2. Muraqabah ( pengawasan)

Huraian : Kita mengawasi diri kita dalam segala aspek kehidupan. Biarpun kita makan sekali pun kita mestilah memastikan sumber yang kita perolehi ialah dari sumber yang halal.

3. Mu'aqabah ( penghukuman )

Huraian : Kita mesti rasa bersalah sekiranya telah tidak melakukan perkara yang disuruh oleh agama. Seperti mana peristiwa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika mana beliau pada suatu hari keluar ke ladangnya. Tiba-tiba beliau telah terlepas melakukan solat Asar secara berjemaah. Sebagai balasannya kepada kealpaanya beliau telah memberi semua ladangnya untuk kegunaan fakir miskin.

Ini membuktikan kesungguhan seorang yang walaupun tertinggal solat sunat tetapi merasakan seperti sesuatu yang amat berdosa. Sebagai balasannya agar menjadi peringatan beliau memberi semua ladangnya untuk krgunaan fakir miskin.

4. Muhasabah ( penilaian )

Huraian : Seperti mana kata Saidina Umar " Hisablah diri kamu sebelum kamu dhisab " yakni sentiasa melakukan penilaian apa yang telah kita kerjakan dalm kehidupan harian kita adakah berpatutan dengan syara ataupun tidak


5. Mujahadah ( kesungguhan )


Huraian : Sentiasa memjaga diri daripada dikawal oleh hawa nafu kerana mujahadah yang tertinggi ialah ialah mujahadah melawan nafsu

Sekian..wassalam...

No comments: